Welcome 2010..





Cita-cita ku..

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya pada diri kepada pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdri dan berkata, " Nama saya Abu bin ALi. Saya nak jadi Pilot, boleh bawa kapal terbang besar".

"bagus Abu. Terima Kasih. Siapa lagi?" Tanya guru.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi, berdiri dan berkata," Nama saya Siti binti Amin. Kalau besar nanti, siti nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel."

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?"

Seman berdiri dan berkata, " Saya Seman bin Leman. Bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Siti mencapai cita-citanya....!!!"

Tau kah kita???


Hari ni terase bosan lak..so ak surf la tenet n jumpe bende alah ni:

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Fakta Hukum Merokok..

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.


2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.


3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.


4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.


5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.


6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.


7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.


9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.


10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah HARAM.


Sumber:http://www.harakahdaily.net


GreenFrog: Fatwa dah ade..ape lagi yang perokok nak??

Minimum harga rokok RM 6.40 mulai Jumaat ini..


Setiap tahun harga rokok naik..aku mmg sokong sangt2 kenaikn harga rokok..200% ak sokong..bukan ape, dgn harapan perokok2 ni dapat berfikir tentang pembaziran dan timbul kesedaran sikit tentang bahaye merokok..ak rase semua org pn sedar keburukn merokok kot. Macam2 usaha dah kerajaan buat tuk mengurang kn jumlah perokok, tp berape sangt yg berjaya.. dkt mane silap nye..ak rase silap nye dkt perokok tu sendiri yg tau tapi buat2 tak tau..

Kepada yg beragama islam, ulama dah sepakat mengatakn rokok tu HARAM, tp kenape kita still buat2 tak tau je..kalau arak, babi dan kaum keluarganye kite sensetif sangat..tp bile sampai bab rokok, kite buat2 tak tau je..pelik kan

Mengikut fatwa islam dunia pada tahun 1990an, pada mulanya merokok itu MAKRUH. TETAPI, menjelang tahun 2000, ulama dunia sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat alQuran dari surah al-Baqarah “..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri..”

Satu lagi yang aku tk suka bab rokok ni bile sampai memudarat kn org kat sekeliling..kalu nk rosak kn diri sendiri tu satu hal.tp kenapa la zalim sangt sampai nak merosakan org sekeliling kita..aku cukup pantang bab ni..tp kadang2 ak pn tersepit gak sebab nk jaga hati kawan2 punya pasal..tak mealampau kot kalau ak sama kn perokok ni dgn pengedar dadah..cos dua2 merosakan org lain..kalu pengedar dadah kene hukuman gantung, ape lak hukuman utk perokok? fikir2 la sendiri..

Berape lame lagi kite nak rosak kan tubuh badan kita, berape lame lagi kite nak rosak kn tubuh badan org2 yang kita sayang, anak2, isteri, mak ayah dan siapa2 sahaja yg tk pernah mintak utk hidu asap rokok korang..berape lame lagi kite nk bazir kn duit yg kita cari hari2 utk asap yang xde manafaat langsung..so fikir2 kn la..

GreenFrog: x pernah merokok dan tk pernah berminat utk merokok

Anak Kecil Main Api..

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara...


GreenFrog: selalu time motivasi camp, mesti ade lagu ni..ape ade dgn lagu ni? dulu2 ak pn x pernh nk hayati sngt lagu ni..tp mlm ni tetibe lagu ni mcm terngiang2 kt telinga ak..pd ak ni bukn sekadar lagu..bnyk maksud yg tersirat dlm bait2 kate lirik dia..just try fahami maksud dia..mayb lain org lain maksud yg difahami

Kehendak dan Keperluan

Tersebut la al kisah dua sahabat baik Keperluan dan Kehendak..diorg ni keje satu office gaji pn lebih kurang same je..satu hari diorg nk pergi jalan2 dekat KL..saje2 nk mengisi mase lapang sambil shopping2 time public holiday ni. Lagi pn gaji baru masuk and skarng tgh Year End Sales.

Berikut adalah ape yg ade dlm kepala dua sahabat ni time tgh jalan2 dkt KL..

Mase tgh nk cari tempat shopping..

Keperluan: Sogo, masjid India, jalan kenanga, mana2 yg ade baju cantik+berkualiti+harge berpatutan.

Kehendak: Pavilion, KLCC, or mane2 shopping mall yg ade banyak branded butik..dapat beli baju Zara, Gucci, or beg LV nanti boleh tayang dekat officemate esok..ni buat x sabar nk masuk office..

Lepas Shopping, diaorang ni plan la nk pergi tgk wayang…

Keperluan: Tk kisah dkt mane2 pn..janji dpt tgk wayang..prefer: TGV Capsqure or MBO Galaxy Ampang..cos harge tiket berpatutan and parking FOC.

Kehendak: GSC Signature dekat The Garden..baru la ade class..

Lepas tgk wayang lapar la pulak….

Keperluan: Tak kisah makan ape2 je..janji makanan tu HALAL, bersih dan harge berpatutan.

Kehendak: At lease 5 star restaurant, Hotel, kedai2 yg ade name (nanti boleh membangga diri cerita dekat kawan2 + letak dlm blog)

So lepas seharian berjalan pusing2 KL, dua sahabat ni pun pulang dengan kegembiraan..agak2 nye la, sape yg paling gembira hari ni? Keperluan or Kehendak?

GreenFrog: Baru lepas berdiskusi dgn LembuPink pasal astro..kehendak or keperluan

Jodoh, Pertemuan, Ajal, Maut di Tangan Tuhan….


Ungkapan yang biase kita dgr. Kadang2 kita sendiri tak perasan yg hidup kita ni telah ditentukan oleh tuhan..bila2 mase je tuhan boleh bagi rezeki kepada kita dan bila2 mase je dia boleh tarik balik apa yg dia bg kepada kita. Semua yg belaku bukan dalam kawalan kita..ada org bekerja, belajar, berusaha sampai nk mati..tapi hasil yg dia dapt tk setimpal dengan ape yg dia buat..ade org kerje dia tido, makan, menyakit kn hati org..tp dia dpt lebih dr ape yg tak sepatut nya dia dpt..mesti terlintas juga dkt kepala otak kita ni kn, bertape tak adil nye dunia ni. Tp kita kena ingat, tuhan tu maha mengetahui..dia tahu ape yg terbaik untuk kita..kalu bukan sekarng rezki kita, maybe esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan or bile2 masa yg ditetukan kite tetap akan dpt. Mcm juga musibah or dugaan yg tuhan bg dekat kita..semua tu just ujian utk kita..tuhan tak akan uji umat dia yang tak mampu menerima ujian..so kalau kita diuji, kira nye kite ni diantara org yg terhebat cos kita memang mampu utk menerima ujian tu..So belajar untuk sabar, redha dan bersyukur dengan kehidupan yg tuhan kurniakn utk kita..percaya la tuhan dh tentukn rezki utk kite..Cuma mase je yang kita tak tau bile…

GreenFrog: Kagum dengan org yg sentiase sabar dan tabah menempuh dugaan..Al-Fatihah buat mangsa kemalangn di Kangar. Semoga Allah berikn kesabarn kepada isteri dan kelurga arwah.

Blogger Boy...


Blogger Boy..Every Thursday, 9.30 PM. B4 ni tak pernah pulak ak tgk cerite Blogger Boy ni. Skarang dh masuk season 2.. season 1 ak tak pernah tau pn..Tapi nk di jadikan cerita, aku tertengok cerita ni semalam time tgh lepak2 sambil guling2 menikmati public holiday. Tu pun aku tgk online je dkt www.8tv.com. Cerita ni la yg buat kan hati dan perasaan ak tergerak nk join dunia blogger ni. Sebenar nye xde la bnyk sangat cerita pasal Blog dlm Blogger Boy tu. Tapi baru ak terperasan mcm2 boleh jadi dgn blog ni. So Blog ni boleh la di ibaratkn mcm kain putih kot..blogger la yg mencorakan nye. So bermula semalam, ak dgn penuh tekat dan semangat yg membare, create la sebuah blog. Just utk mencabar diri aku sendiri..sejauh mane aku boleh pergi dlm dunia blog ni dan sejauh mane aku boleh maintain blog aku ni..jgn “Hangat-hangat tahi ayam” dah la..


GreenFrog: “Kalu kite terjatuh, kene cepat-cepat bangun..jangan sampai kena langgar kereta baru nk bangun”

HalaTuju GreenFrog??


Dekat mane aku nk position kn Blog aku ni? Ak sendiri pn x jelas lagi.. Mission and vision still blur..perlu ke aku specific kn Blog aku ni? Emmm aku mcm tk nk terlalu rigid sangat dengan ape yg aku nk tulis sebenarnye..aku lebih suke jadikn blog aku ni tempat utk aku tulis ape2 yang aku suke..maybe lebih kepada pendapat aku tentang ape2 yg berlaku sekeliling aku..just my personal judgment and opinion..Hopefully ape2 yang aku tulis tak menyinggung sesiape.. as a newbies dlm dunia Blog ni, ak terlalu kecik n kerdil dibanding kan dengan korang..otai2 Blog di luar sane..so ape2 komen dan pendapat korang amat la aku hargai..hidup kita kn satu pembelajaran..and aku sendiri pn tengah belajar.. “Saya budak baru belajar kalau salah tolong lah tunjuk kan

GreenFrog (Si Katak Hijau)???


Orang lain sibuk sangat2 berBlog..dh jd satu fenomena utk semua org berBlog..Hari2 macam2 Blog yg aku Jumpa..Blog pasal personal, shopping, gadget, business dan macam2 lagi..aku pun dah tak tau berape banyak lagi kategori blog kt dunia ni yg wujud..Aku dan Blog?? Memang tk pernah ade hubungan yg halal lg..tak pernah sekali pn ak terlintas nak tulis Blog sebelum ni..Tiba2 nk dijadikan cerita, hari ni first time tergerak hati aku nk cube2 berBlog..tu pun lepas ak tertengok cerita “Blogger Boy” td..ada ape dgn Blogger Boy sampai ak tertarik utk start tulis Blog?? Nanti ak cerita lain kali..

Blog ni aku namakn “GreenFrog” atau dlm bahasa ibunda “Katak Hijau”..kenape aku pilih GreenFrog?? Ntah ar, ak pun tak tau..aku bangun2 dr katil, aku ternampk sekor katak hijau..memang besar la jugak (dalam gambar tu)..dh lame dia menginap free dlm bilik ak ni..kalu la aku ni tokey Hotel 5 bintang, mmg aku dah kaya raya kot cos dh lame dia tinggal sini..So sbb dia dh bnyk terhutang budi dgn ak, ak pun dgn penuh bangga nye menggunakn name dia di Blog aku yg tak seberape ni..Bermula saat ini, dgn rasmi nye ak melancarkan Blog yg ak namakn sebagai“GreenFrog”.