Khasiat Buah Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “ sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang
menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu
meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi,
pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar
potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu
lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti
membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat
minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan
anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu
memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat
membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati
tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam
pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat
menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan
simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat
membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu
menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk
menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!


PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Bagaimanakah lelaki sejati?

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

Bukan sekadar ketar tangan

Pesakit Parkinson juga menghadapi gangguan psikiatrik selain berdepan dengan simptom motor.




"PAPA mula ternampak orang-orang kerdil yang berwajah hodoh dan berkulit gelap. Sekali-sekala, papa juga kata dia ternampak wajah-wajah arwah ibu bapanya bersama orang-orang kerdil itu.

"Apabila papa menjadi takut, dia akan bersembunyi di dalam bilik. Semua tingkap dan langsir akan ditutupnya sepanjang siang hingga ke malam," demikian cerita seorang anak perempuan, Ebby, tentang keadaan bapanya.

Bapanya itu, Loo Peng Hock, 73, telah didiagnosis dengan penyakit Parkinson sejak 14 tahun lalu. Dalam tempoh lebih sedekad, Peng Hock telah mengalami pelbagai jenis komplikasi kesihatan.

Paling teruk, dia pernah berdepan dengan empat siri serangan psikosis dalam tempoh lima tahun bermula pada 2002.

"Ada satu malam, papa kata dia ternampak sekumpulan orang kerdil bersembunyi di bawah meja komputer abang saya. Oleh sebab risau kalau orang kerdil itu akan membahayakan ahli keluarga yang lain, papa pun potong tali wayar komputer. Kononnya hendak ikat semua orang kerdil itu.

"Alangkah terkejut kami dibuatnya apabila pada keesokan hari, kelihatan semua wayar itu bersepah-sepah di lantai," cerita Ebby seperti yang dikongsi dalam sebuah buku berjudul Two Sides of The Same Brain: Psychiatric Disorders and Parkinson's.

Biarpun biasa dikenali sebagai sejenis gangguan pergerakan, sorotan kisah bapa Ebby itu sebenarnya memberi gambaran berbeza tentang penyakit Parkinson.

Hakikatnya, tidak ramai tahu bahawa penyakit Parkinson turut memberi pelbagai impak tanpa gerak (motor). Simptom-simptom seperti gangguan psikiatrik pada kebanyakan masa memang tidak ada kaitan langsung dengan pergerakan badan.

Malah, keluarga Ebby tidak sama sekali menyangka gangguan halusinasi itu adalah sebahagian daripada penyakit Parkinson. Jauh sekali mereka melihat masalah yang dialami oleh Peng Hock itu sebagai isu psikiatri.

Faktor risiko

Pakar Perunding Neurologi, Dr. Chew Nee Kong berkata, gangguan psikiatri adalah simptom tanpa gerak merupakan yang paling umum dalam kalangan pesakit Parkinson, selain simptom motor umum.

"Pergerakan yang perlahan, tubuh menjadi kaku atau bergoncang adalah antara petandanya. Orang lain biasanya tidak nampak kewujudan simptom tanpa gerak yang sebenarnya berlaku lebih awal daripada petanda tersebut," katanya.

Kemurungan, rasa letih, kerisauan, sembelit, gangguan untuk tidur dan hilang deria hidu seharusnya menjadi petanda yang perlu dikesan awal.

Jangan terkejut juga jika gangguan seperti depresi dan rasa risau akan menjangkaui keseriusan simptom motor Parkinson dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi.


SISI psikiatrik seseorang pesakit Parkinson tidak harus dipandang remeh. - Gambar hiasan


Menurut Nee Kong, biarpun depresi dan kerisauan tidak semestinya berpunca daripada reaksi terhadap penyakit Parkinson, ia tetap signifikan. Ini memandangkan kedua-dua simptom itu adalah faktor risiko untuk mendapat penyakit tersebut.

Gangguan psikiatrik yang lain adalah kekeliruan, halusinasi dan dementia. Meskipun simptom-simptom ini boleh memudaratkan, komplikasi bagi individu yang menghadapinya sering dipandang sebelah mata.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di sebuah klinik pakar, satu pertiga daripada pesakit Parkinson yang ditemui disahkan mengalami depresi. Malah, dua pertiga daripada jumlah itu tidak mendapatkan rawatan bagi menangani masalah tersebut.

"Situasi seperti ini berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang simptom-simptom tanpa motor. Apabila pesakit Parkinson kembali mendapatkan pemeriksaan susulan, doktor dan pihak penjaga lebih memberi perhatian kepada aspek motor seseorang pesakit," kata Dr. Yen Teck Hoe, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia dalam sebuah bengkel media di ibu negara baru-baru ini.

Dalam bengkel anjuran Persatuan Penyakit Parkinson Negeri Sembilan (NSPS), Persatuan Psikiatrik Malaysia dan Yayasan Parkinson Llyod Tan itu, kandungan buku Two Sides of The Same Brain: Psychiatric Disorders and Parkinson's telah mencuri perhatian para peserta.

Buku itu mengenengahkan laporan dan cerita tentang simptom-simptom tanpa gerak yang berlaku dalam kalangan pesakit Parkinson, selain menyertakan koleksi kajian serta huraian saintifik mengenai kaitan antara gangguan psikiatrik dengan penyakit tersebut.

Himpunan testimoni daripada pesakit dan golongan penjaga turut diselitkan agar pembaca mendapat gambaran sebenar tentang pengalaman mereka.


ISU kesihatan mental dan gangguan halusinasi perlu diperinci agar jawapan terhadap persoalan penyakit Parkinson dapat ditemukan. - Gambar hiasan.


Menurut Teck Hoe, sebarang ciri psikiatrik seseorang pesakit Parkinson seharusnya dikesan lebih awal. Tindakan itu penting bagi membantu golongan pesakit dan penjaga untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.

Impak kepada pasangan

Dalam sesetengah kes, impak gangguan psikiatri ke atas golongan penjaga adalah lebih dahsyat daripada yang disangkakan. Jelasnya, pasangan bagi pesakit Parkinson ada kalanya menghidapi masalah depresi yang jauh lebih serius berbanding golongan berusia yang lain.

Di Malaysia, dianggarkan terdapat sekitar 25,000 hingga 30,000 pesakit Parkinson. Bilangan itu dijangka meningkat sehingga 40,000 menjelang 2020 nanti.


KADAR kelaziman dan impak gangguan psikiatrik dalam pesakit Parkinson adalah signifikan.


Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2006), sebanyak 11.2 peratus daripada populasi orang dewasa di Malaysia didapati menghidapi gangguan psikiatrik. Maka, tidak hairanlah apabila masalah tersebut dan Parkinson dikelaskan sebagai antara gangguan otak paling umum di negara ini.

Malah, gangguan psikiatrik dalam kalangan pesakit Parkinson juga dijangka menjadi beban kesihatan utama masyarakat di negara ini.

"Kadar kelaziman dan impak gangguan psikiatrik dalam pesakit Parkinson adalah signifikan. Pengamal perubatan khususnya doktor dan masyarakat pada umumnya perlu mengubah persepsi mereka tentang simptom tanpa gerak pesakit Parkinson ini.

"Hanya dengan cara ini, simptom-simptom (tanpa gerak) itu boleh diuruskan sebaik mungkin tanpa dipandang remeh. Pada masa yang sama, mereka perlu mendapat maklumat tentang pelbagai rawatan yang berkesan di hospital-hospital kerajaan di Malaysia," terang Nee Kong.




Tambahnya, pesakit yang menerima rawatan pada peringkat awal atau pertengahan masih mampu menikmati kualiti kehidupan yang baik. Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun pertama penyakit itu, pesakit Parkinson akan diberi ubatan seperti dopamine agonist yang efektif untuk mengawal simptom-simptom motor.

Malangnya, seiring dengan peredaran masa dan kemerosotan fungsi fizikal, seseorang pesakit bertambah sukar dalam menjalankan aktiviti harian. Biarpun menerima dos perubatan maksimum, sesetengah pesakit juga perlu menjadi sejenis pembedahan otak yang dikenali sebagai Rangsangan Otak Dalaman (Deep Brain Stimulation - DBS).

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan untuk gangguan psikiatrik pula, doktor akan memberi ubat antidepresi. Malah, terdapat sejenis ubat baru iaitu pramipexole yang terbukti mampu memperbaiki kedua-dua simptom motor dan depresi yang dialami pesakit Parkinson.

Sementara itu, Presiden Persatuan Parkinson Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, hakikatnya, persepsi yang salah terhadap penyakit ini boleh diperbetulkan menerusi program-program pendidikan dan sebaran media.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

GreenFrog: Teringat dkt Tok Wan yg ade parkinson ni.. mmg selalu sangat nampak bende2 pelik.simtom dia sama mcm artikel dlm kosmo ni..kesian Tok Wan